cropped-logo-masjid-maamor.jpg

Masjid Al-Maamor
Kampung Parit Sangit 

banner-masjid

INFAQ PEMBANGUNAN
Masjid Al-Maamor, Kampung Parit Sangit
Batu Pahat, Johor

masjid-1
Masjid Al Maamur Kg Seri Makmur, Parit Sangit adalah sebuah masjid yang terletak dalam Mukim Lubuk, Batu Pahat, Johor. Bangunan masjid ini telah dibina lebih 50 tahun yang lepas dan mempunyai Jemaah Kariah berjumlah kira-kira 200 orang dari sekitar Kg Seri Maamur , Parit Sangit serta kawasan Jalan Batu Putih Darat.
Masjid Al Maamur ini mempunyai binaan separa papan dan batu. Keuzuran masjid ini kian ketara dari masa ke semasa. Walaupun telah beberapa kali diperbaiki namun akhirnya terpaksa akur kepada kehendak zaman.
Oleh itu, perancangan telah dibuat untuk membangunkan semula masjid ini dengan rekabentuk baru yang mana juga mesra internet dan mesra Jemaah sesuai dengan peredaran zaman. Menjadikan masjid ini sebagai pusat penyebaran maklumat serta menjadi pusat pertemuan masyarakat. Kami mensasarkan sumbangan sebanyak RM500,000.00 untuk pembangunan Masjid Al Maamur.

Marilah Salurkan Sumbangan Anda